Pada suatu hari Abdul Wahid
bin Zaid r.a berjalan-jalan dipasar tiba-tiba ia terlihat seorang hamba yang
sedang dijual. Hamba tersebut melihat Abdul Wahid dengan mata yang tajam lalu
Abdul Wahid teringin untuk membeli hamba tersebut untuk membuat kerja-kerja
dirumahnya. Hamba ini adalah seorang yang taat dan sentiasa melakukan
kerja-kerja dengan tekun sekali. Abdul Wahid merasa heran tentang perangai hamba ini kerana diwaktu siang
ia bekerja dengan tekun manakala diwaktu malam ia tidak ada dirumah walaupun
puas Abdul Wahid mencarinya sedangkan pintu rumah sentiasa tertutup dan tidak
ada tanda-tanda bahwa pintu telah dibuka.
Kisah Istimewa
oleh : Ahmadi Yasin, M.Sy
Pada suatu hari Abdul Wahid
bin Zaid r.a berjalan-jalan dipasar tiba-tiba ia terlihat seorang hamba yang
sedang dijual. Hamba tersebut melihat Abdul Wahid dengan mata yang tajam lalu
Abdul Wahid teringin untuk membeli hamba tersebut untuk membuat kerja-kerja
dirumahnya. Hamba ini adalah seorang yang taat dan sentiasa melakukan
kerja-kerja dengan tekun sekali.
Abdul Wahid merasa hairan tentang perangai hamba ini kerana diwaktu siang ia
bekerja dengan tekun manakala diwaktu malam ia tidak ada dirumah walaupun puas
Abdul Wahid mencarinya sedangkan pintu rumah sentiasa tertutup dan tidak ada
tanda-tanda bahawa pintu telah dibuka. Pada
waktu pagi hamba tersebut telah berada kembali didalam rumah dan menyerahkan
satu keping wang dirham yang terukir surah Al-Ikhlas diatasnya. Apabila ditanya
oleh Abul Wahid, hamba tersebut menjawab " saya akan memberi kepada tuan
setiap hari satu keping wang dirham asalkan tuan jangan bertanya kemana saya
pergi". Abdul Wahid menerimanya dan tidak mengambil tahu lagi hal
tersebut.
Satelah sekian lama perkara tersebut berlalu, pada suatu hari datang seorang
teman Abdul Wahid dan memberitahu bahawa kerja hambanya setiap malam adalah
menggali kubur orang yang maninggal dunia. Abdul Wahid amat terkejut diatas apa
yang diberitahu oleh kawanya, tetapi dia tidak percaya. Abdul Wahid berjanji
akan menyiasat perkara terlebih dahulu.
Pada suatu malam salepas sembahyang Isyak, Abdul Wahid mengintai gerak geri
hambanya tanpa diketahui bahawa dia sedang dintip. Abdul Wahid nampak hambanya
menuju ke pintu hanya dengan menunjukkan jarinya sahaja pintu tersebut terbuka
dengan sendirinya sambil diperhatikan oleh Abdul Wahid dengan kehairanan.
Satelah hambanya keluar pintu tersebut tertutup kembali dengan sendirinya.
Abdul Wahid terus mengekori hambanya sehingga sampai kesuatu tempat yang lapang
(padang pasir). Hambanya terus menukarkan pakaiannya dengan pakaian lain yang
diperbuat daripada kain guni. Hamba tersebut terus menunaikan solat sehingga
terbit fajar. Satelah selesai solat hamba tersebut menadah tangan kelangit dan
memohon doa kepada yang Maha Berkuasa dengan berkata "wahai tuanku yang
besar berilah upah kepada tuanku yang kecil". Selesai ia berdoa jatuhlah
sekeping wang dirham dari langit dan diambil oleh hamba tersebut. Abdul Wahid
memerhati hambanya dengan perasaan hairan dan takjub sekali.
Oleh kerana hari sudah hampir siang, Abdul Wahid mencari air disekitarnya untuk
berwudud dan menunaikan solat Subuh. Semasa beliau berdoa dia berjanji akan
memerdekakan hambanya kerana hamba yang soleh sepertinya tidak seharusnya
menghambakan diri kepada sesama manusia. Selesai berdoa Abdul Wahid mencari hambanya
tetapi tidak berjumpa dia telah menghilangkan diri dengan bagitu cepat sekali.
Abdul Wahid cuba mencari jalan untuk pulang kerumahnya tetapi tidak berjumpa
kerana tempat tersebut asing baginya. Dengan perasaan cemas dan menyesal diatas
tindakannya dan dalam keadaan mundar mandir yang tidak menentu tiba-tiba dia
ternampak bayang-bayang dari jauh orang berkuda sedang menuju kearah beliau.
Dengan parasaan tidak sabar, Abdul Wahid menunggu ketibaan orang tersebut dan
apabila sampai ketempat beliau, orang berkuda tersebut bertanya "apakah
yang kamu buat ditengah-tengah padang pasir ini wahai Abdul Wahid". Abdul
Wahid kehairanan dan berkata didalam hatinya, bagaimanakah orang ini mengetahui
nama aku. Abdul Wahid menceritakan kepada orang berkuda apa yang telah berlaku.
Orang berkuda itu berkata lagi "janganlah kamu berasa curiga terhadap apa
yang berlaku" Abdul Wahid mengangguk-ngangguk sahaja apa yang dikatakan
oleh orang berkuda tadi. Orang berkuda berkata lagi " tahukah kamu berapa
jauh rumah kamu dangan tempat ini" jawab Abdul Wahid " saya tidak
tahu". "Jaraknya adalah dua tahun perjalanan dengan kuda yang berlari
dengan cepat" kata orang berkuda. Abdul Wahid kehairan dengan kata-kata
orang berkuda tadi dan berkata didalam hati semasa aku mengikuti hambaku malam
tadi hanya beberapa minit sahaja perjalannya kemari.
Sebelum berlalu orang berkuda tersebut memesan kepada Abdul Wahid supaya
mengunggu disini dan jangan kemana-mana, nanti malam hamba mu akan datang dan
kamu bolehlah mengikutinya pulang nanti. Abdul Wahid menunggu sahaja disitu
seperti yang dipesan oleh orang berkuda tadi. Semasa menuggu Abdul Wahid sudah
beberapa kali tertidur dan terjaga kerana keletihan dan kehausan. Apabila Abdul
Wahid tersedar dari tidurnya dia mendapati makanan dan minuman telah terhidang
disisinya dan hambanya juga berada disitu. Hambanya mempelawa Abdul Wahid makan
makanan yang telah terhidang. Tanpa bekata apa-apa Abdul Wahid makan dengan
lahapnya kerana tersangat lapar dan dahaga. Hambanya berkata kepada Adul Wahid
"janganlah tuan mengulangi lagi pebuatan ini dan tunggulah disini sehingga
saya selesai solat". Hambanya terus mengerjakan solat sehingga terbit
fajar. Satelah selesai sembahyang hambanya berdoa seperti malam sebelumnya ,
tiba-tiba jatuh sekeping dirham dari langit dan diberikan kepada Abdul Wahid
dan ianya mengambilnya satu dirham lagi dari sakunya seraya berkata "ini
wang dirham untuk malam tadi".
Satelah selesai hambanya memimpin Abdul Wahid dan berjalan dengan cepatnya dan
tidak sampai beberapa saat mereka telah tiba dihadapan rumah Abdul Wahid.
Hambanya bertanya kepada Abdul Wahid "betulkah tuan akan memerdekakan saya
kerana Allah Taala" jawab Abdul Wahid "benar" Lalu hambanya
menunjukkan kepada batu penyendal pintu dan menyatakan bahawa ia adalah wang
tebuhannya. Abdul Wahid merasa hairan bagaimnana batu yang telah lama berada
disitu dijadikan wang tebusan. Lalu Abdul Wahid mengambil batu tersebut dan
dengan serta merta batu tersebut bertukar menjadi seketul emas. Abdul wahid kehairanan
diatas keajaiban yang berlaku yang dilihatnya sebelum ini dan pada hari ini.
Pada waktu siangnya Abdul Wahid pergi kerumah kawannya yang menuduh hambanya
menggali kubur dan menceritakan kepadanya apa yang sebenarnya berlaku.
Sementara dirumahnya berlaku kekecuhan dimana anak perumpuan Abdul Wahid memaki
hamun hambanya kerana menyangka selama dua malam anyahnya tidak balik kerumah
dan menuduh hambanya membunuh ayahnya kerana mengintip perbuatan jahatnya
menggali kubur orang. Anak perempuan Abdul Wahid dengan perasaan marah telah
mengambil seketul batu dan membalingkan kearah hamba tersebut lalu terkena pada
matanya dan menyebabkan mata hambanya terkeluar dan dia jatuh pingsan.
Satelah Abdul Wahid kembali kerumahnya daripada melawat kawannya keadaan kelam
kabut telah terjadi dimana orang ramai yang berada disitu telah memberitahu
kepadanya apa yang telah berlaku. Dengan perasaan marah Abdul Wahid mengambil
pedang lalu memotong tangan anaknya sehingga putus. Abdul Wahid merasa kesal
diatas tuduhan yang dibuat oleh anaknya sedangkan mereka tidak mengetahui
keadaan sebenarnya.
Satelah hambanya sedar dari pengsan, hambanya bangkit serta mengambil mata yang
terjatuh lalu dimasukkan kembali ketempat asalnya sambil berdoa kepada Allah
supaya memulihkan kembali penglihatannya. Satelah berdoa, matanya kembali
sembuh seperti sedia kala dan hambanya pergi mengambil tangan anak Abdul Wahid
yang putus lalu menyambungnya seraya membaca sesuatu. Tidak lama kemudian
tangan anak Abdul Wahid kembali pulih seperti sedia kala. Hambanya terus
meminta diri dan berlalu dari situ. Orang ramai kehairanan melihat keajaiban
yang telah berlaku.
Bagitulah besarnya darjat orang yang taat dan patuh kepada perintah Allah dan
dia telah memperolehi darjat dan kemulian dari Allah s.w.t.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar